"Sampaikanlah dariku walau satu ayat"~[hadith]

Assalamualaikum warahmatullahi warakatuh.. Terima Kasih kerana mengunjungi blog ilmu lancaster. Blog ini telah diwujudkan oleh warga warga yang perihatin dengan Ilmu. Banyak Ilmu ilmu yang kita dapat sehari hari, daripada khutbah, melayari Internet, email, youtube, perjumpaan komuniti malah pemerhatian kita terhadap tanda(ayat) kebesaran Allah serta Tadabbur Al Quran itu sendiri.. Jesteru sampaikanlah apa yang termampu di Blog ini melalui komen2 dan sebagainya. semoga ada manfaat kepada warga Lancaster khususnya dan warga internet umumnya. Semoga Allah jualah yang membalas amal kita dan digolongkan sebagai ilmu yang bermanfaat yang akan mengikut kita ke kubur

Monday 17 September 2007

6 Perkara yang Allah Sembunyikan

Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam (6) perkara iaitu:

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redhaNya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murkaNya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Friday 14 September 2007

PENGHIDUPAN DAN PENGHAYATAN RAMADHAN

Taqdim

Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah

Bersempena dengan hari jumaat pertama dalam Ramadhan al Mubarak ini, saya dengan rendah diri berpesan kepada diri sendiri dan berpesan kepada seluruh muslimin, agar bertaqwa kepada Allah. Sesuai dengan salah satu manifestasi misi berpuasa adalah menghasilkan output taqwa daripada diri. Ramadhan ini sifatnya terbuka, bagi sesiapa sahaja yang dahagakan rahmat dan kasih Ilahi, disamping berusaha mengaut segala janji dan ganjaran memuliakannya. Mudah-mudahan kemasukan kita ke dalam madrasah ramadhan kali ini, hinggalah ke saat melangkahkan kaki keluar darinya nanti, akan diberi kekuatan oleh Allah untuk kita mempertingkatkan ketaqwaan dari pelbagai sudut dan ruang kehidupan. All praise is to Alláh, Whom we thank and seek for His help and forgiveness. We seek refuge in Alláh from the evils of ourselves and the burden of our evil deeds. Whomsoever He guides, will never be misled, and whomsoever He misguides, will never find enlightenment. I testify that there is none worthy of worship except Alláh, and that Muhammad is His Messenger.

Sidang Jumaat yang dirahmati
Dapatan dari Qamus al Fiqhi, puasa pada bahasa iaitu menahan dan pada istilahnya pula menahan daripada makan, minum dan jimak daripada subuh hingga ke maghrib beserta dengan niat. Dalam Feqh Manhaji menyebut puasa dari segi syarak pula ialah menahan diri daripada sebarang perkara yang membatalkannya, bermula dari terbit fajar sehingga matahari terbenam dengan niat puasa. Sebelum itu, amalan puasa telah biasa dilakukan biasa di kalangan umat terdahulu dan ahli kitab yang sezaman dengan Nabi Muhammad. Puasa Ramadan mula difardukan pada tahun kedua Hijrah.

* untuk teks penuh sila ke blog Ustaz Erfino

Tuesday 11 September 2007

Lucu ya

*Lucu ya..

Lucu ya... duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila dibawa ke StarHill, MegaMall dan seangkatan dengannya...

Lucu ya.. 30 minit terasa begitu lama untuk berzikir, tetapi begitu pendek untuk menonton drama2 di televisyen...

Lucu ya... betapa lamanya 2 jam berada di masjid, tetapi betapa cepatnya 2 jam ketika menonton wayang di panggung.

Lucu ya...susah sunggu merangkai kata untuk dipanjatkan doa ketika solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu kawan-kawan.

Lucu ya... betapa seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu perlawanan bola sepak, tapi betapa bosannya bila imam solat terawikh bulan Ramadhan lama dan panjang.

Lucu ya...susah sangat baca al-Quran 1 juzuk saja, tapi majalah hiburan dan novel best seller 100 halaman pun habis ditelaah.

Lucu ya...orang berebut depan untuk menonton bola dan konsert, tapi berebut saf paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar.

Sunday 9 September 2007

Bacaan Al Quran Internet

Al Quran dengan 5 Qari pilihan dan terjemahan pelbagai bahasa termasuk Malaysia dan Indonasia.

http://www.quranexplorer.com/quran/

Radio nasyid FM