"Sampaikanlah dariku walau satu ayat"~[hadith]

Assalamualaikum warahmatullahi warakatuh.. Terima Kasih kerana mengunjungi blog ilmu lancaster. Blog ini telah diwujudkan oleh warga warga yang perihatin dengan Ilmu. Banyak Ilmu ilmu yang kita dapat sehari hari, daripada khutbah, melayari Internet, email, youtube, perjumpaan komuniti malah pemerhatian kita terhadap tanda(ayat) kebesaran Allah serta Tadabbur Al Quran itu sendiri.. Jesteru sampaikanlah apa yang termampu di Blog ini melalui komen2 dan sebagainya. semoga ada manfaat kepada warga Lancaster khususnya dan warga internet umumnya. Semoga Allah jualah yang membalas amal kita dan digolongkan sebagai ilmu yang bermanfaat yang akan mengikut kita ke kubur

Monday 26 January 2009

Panggilan VOIP

Sekadar ingin berkongsi yang murah dan mudah.

Voipstunt
Dengan belian kredit €10 dapat 120 hari 'freedays'
Panggilan ke talian rumah percuma (€0.01 selepas 'freedays' tamat).
Panggilan ke telefon bimbit €0.045 seminit.
SMS ke nombor Malaysia €0.03 satu.
Untuk mengelak daripada membayar VAT 19% daftarlah menggunakan alamat Malaysia
Caj perkhidmatan bayaran dengan paypal €0.50, dengan kad lain tidak pasti pula.

Untuk menggunakan 'free mins' O2, 3, Orange dsb gunalah nombor panggilan 01617002727.
Pastikan nombor telefon bimbit telah didaftar dahulu untuk akaun voipstunt yang ingin diguna.
Boleh mendaftar beberapa nombor untuk satu akaun.
Format menyimpan nombor didalam memori ialah 01617002727p0060123456789#
(tekan butang asterik * sebanyak 3 kali untuk mendapatkan p, turutannya * + p)

Teletop
Belian kredit hanyalah £5
Panggilan ke talian rumah dan telefon bimbit 0.5p seminit.
Surcaj setiap panggilan adalah 5p (Tips: putuskan talian selepas 6, 7 nada untuk mengelak daripada membayar 5p tetapi panggilan dijawab oleh peti simpanan suara)
Kredit akan ditambah secara automatik jika sudah kehabisan.

Hanya untuk mereka yang ada banyak 'free mins' O2, 3, Orange dsb.
Terdapat 2 nombor panggilan 01617003003 atau 02081804176.
Format menyimpan nombor di dalam memori ialah 01617003003pp0060123456789#
(pastikan letak 2 p sebelum nombor yang ingin dipanggil)

Skype
Panggilan percuma daripada komputer ke komputer.
Selain bercakap juga boleh berlakon di depan komputer jika ada kamera.
Perlu menggunakan talian jalur lebar untuk kualiti yang bagus.
Panggilan ke talian rumah dan telefon bimbit adalah mahal.

---

Jika sesiapa ada servis lain yang bagus boleh berkongsi bersama.
Ada cara untuk mendapatkan 'freedays' selama 1 tahun dengan hanya €10??

Sunday 25 January 2009

2009

Lama betul blog ni tidak dikemaskini. Ada sesiapa yang ingin berkongsi menulis di blog ni? Email jemputan akan dihantar sedikit masa lagi.

Radio nasyid FM