"Sampaikanlah dariku walau satu ayat"~[hadith]

Assalamualaikum warahmatullahi warakatuh.. Terima Kasih kerana mengunjungi blog ilmu lancaster. Blog ini telah diwujudkan oleh warga warga yang perihatin dengan Ilmu. Banyak Ilmu ilmu yang kita dapat sehari hari, daripada khutbah, melayari Internet, email, youtube, perjumpaan komuniti malah pemerhatian kita terhadap tanda(ayat) kebesaran Allah serta Tadabbur Al Quran itu sendiri.. Jesteru sampaikanlah apa yang termampu di Blog ini melalui komen2 dan sebagainya. semoga ada manfaat kepada warga Lancaster khususnya dan warga internet umumnya. Semoga Allah jualah yang membalas amal kita dan digolongkan sebagai ilmu yang bermanfaat yang akan mengikut kita ke kubur

Saturday 27 February 2010

Majlis Ilmu "Ziarah & Usrah"

Salam,

InsyaAllah esok Sabtu majlis ilmu ala 'ziarah n usrah' akan berlangsung seperti kebiasaan:

Tempat - Flat 2 Bowland Main
Masa - 6.00 ptg (jemaah Maghrib seterusnya usrah)

InsyaAllah akan dibawakan oleh Ustaz Khaidir

Juga seperti biasa slot kupasan hadith dan bacaan Kitab 'Irsyadul-Anam' yg akan dibawakan oleh Saudara Abdul Aziz.

Diharap dapat kita sama-sama meluangkan masa mengambil berkat & menambahkan ilmu dalam majlis ini dan mengajak rakan-rakan lain lagi untuk bersama.

Jazakallah
Hizbullah aka Bong

Thursday 25 February 2010

Saturday 13 February 2010

ceramah iaw 3 Yvone Ridley

Yvone Ridley tiba agak lewat kerana masalah traffic dalam perjalanannya dari London. ucapan beliau dimulakan dengan membawa penonton kepada pengalaman belIau dalam tahanan taliban selama lebih 10 hari. Dengan perasaan prejudis terhadap taliban beliau bersikap keras,sering memaki ,meludah dan mengeluarkan kata2 kesat kepada tentera taliban.Dalam hati beliau pengakhirannya akan tetap sama, iaitu kiranya taliban hendak membunuhnya maka belaiu merasakan tetap akan mati tidak kira bagaimana sikap yg ditunjukkan. Yvone akhirnya lega apabila diumumkan bahawa wanita bristish ini akan dibebas.Namun dengan layanan baik yg diterima dari taliban. beliau tidak pasti adakah beliau yng harus lega dengan berita ini atau askar taliban yg merasa lega kerana tidak lagi dimaki olehnya.. amat memalukan beliau kerana ketika dibebaskan, puak taliban menyatakan akan membebaskan tahanan wanita yang bukan saja sering membuat bising tetapi mempunya "bad mouth."

Yvone menceriatakan pengalaman beliau memeluk islam setelah berjanji denagn taliban bahawa beliau akau membaca Alquran. Hasilnya beliau dianugerahkan hidayah dari Allah .perbincangan seterusmya menceritakan bahawa beliau begitu tenang dengan islam dan mendapat ruAng baru dalam hidupnya. Buat pertama kali setelah bertudung,Yvone mendapat ruang dalam maruah dirisebagai seorang wanita .Pekerja lelaki tidak lagi mencuit2 beliau dan mengeluarkan kata2 berbaur seks dan sebagainya.beliau berhenti merokok juga setelah bertudung kerana bertudung membuatkan beliau lebih menghargai diri sebagai wanita islam.

Pada masa ini media barat dan politikus barat suka memainkan isu penindasan wanita..Yvone menegaskan perkara ini akan terus berlaku kerana adanya politikus yg akan mengambil kesempatan untuk meniupkan api perkauman dan agama. Dalam satu cubaan untuk membuktikan bahawa wanita islam yg berniqab menjadi simbol oppressi oleh agama islam di france,politikus akhirnya akur bahawa sebenarnya tidak Ada kedapatan langsung contoh wanita di france yg berniqab dan ini membuatkan persoalan penindasan langsung tidak relevan. Beliau juga membuktikan wanita islam mempunyai dan bebas menjalani kareer yg tinggi disamping merasakan suatu honor sekiranya menjadi ibu kepda anak2. Ini amat berbeza denagn wanita britain yg selalunya menunjukkan riak kecewa dan malu sekiranya bergelar ibu atau suri rumah,sedangkan dalam islam ini satu kemulian. Beliau juga mengecam kedudukan wanita dibarat yg sering dipergunakan untuk melakukan produk perniagaan..geraKan feminist di barat juga dilihat sangat sempit pemikirannya kerana mendefinisikan wanita mengikut kefahaman bArat, ini kerana wanita terus menjadi alat untuk melariskan perniagaan. sessi soal jawab bersma yvone agak rancak dan kadanG2 agak panas kerana ada penonton dRi pelbgai latarbelakang agama yang cuba memprovok beliau untuk memberikN persetujuan berkeanaan tidakan kerajaan iran yang mewajibkan rakyatnya memakai hijAb..kenyataan belliau menjelaskan hijab itu wajib tetapi tidak dapat memuaskan hati penonton terbabit..sessi terus hangat denan perbagai soalan yg ditujukan kepada yvone..

Friday 12 February 2010

Ceramah IAW hari Ke 2


Ceramah hari ke dua oleh Dr Salim Auduz dari Turki bermula dengan slide yang cuba membawa kita kepada sejarah ketamadunan dunia. Dalam sebuah buku yang di karang oleh barat mengenai penciptaan dan kemajuan moden menunjukkan kelompongan selama lebih 1000 tahun yang dipanggil mereka sebagai the dark ages atau zaman kegelapan. Sebenarnya pada zaman inilah kegemilangan ilmu islam berkembang dengan pesat sekali dan kita gelarkan the golden ages. Diterangkan berkenaan tokoh2 Islam seperti Ibnu Sina, Ibnu rushd, Arrazy, alkindi dan banyak lagi.


Begitu juga University pertama (mengikut definisi "universiti") yag diasaskan oleh Fatimah dari Morocco. Peta pertama yang menggambarkan peta dunia juga di lukis oleh orang Islam.

Muzik... Do Re Mi Fa So La tTi Do adalah di ambil dari huruf arab dod, ro, mim, fa,sod,lam,ta, dal..

Perkataan arab juga diimport kedalam bahasa Ingeris .
Orange = Narang, sugar=sukkar,Admiral=Amir Al Bahr (kapten di Laut), soap =soubun, Arsenal = Dar al sina'a, Check Mate= Shah Mat (raja mati) dan banyak lagi

Banayk lagi penciptaan2 yang kecil tapi pening seperti pen dan dakwat, alat kamera/optical (ibnu Haitham), Observatory , kapal terbang (Abbas ), alat2 pembedahan dan sebagainya.

Kesimpulannya Umat Islam banyak menyumbang dalam memperkembangkanilmu dari tamadun terdahulu seperti Rom dan Yunani dan sumbangan ini amat penting kerana ia adalah titik persambungan ilmu yang kemudian daripada itu dipelopori oleh barat pada zaman yang dkatakan Renaissance. Di akhir ceramah di mainkan sebuah video yang ama menarik kerana menggambarkan hologram2 inventor2 Islam ini muncul untuk menerangkan sendiri alat ciptaan mereka

http://www.1001inventions.com/

Tuesday 9 February 2010

Fwd: MAJLIS ILMU SABTU 13 FEB PUKUL 1.15PM: JAMAAH ZUHOR+USRAH+JAMUAN RINGAN (POTLUCK BASIS!)


Subject: MAJLIS ILMU SABTU 13 FEB PUKUL 1.15PM: JAMAAH ZUHOR+USRAH+JAMUAN  RINGAN (POTLUCK BASIS!)

Salam,
 
InsyaAllah Sabtu ini majlis ilmu akan berlangsung seperti kebiasaan:


Tempat - Prayer Room
Masa - 1.15 ptg (jemaah Zuhor seterusnya usrah)


Tentatif Program:

Bacaan Hadith & kupasan akan dibawakan oleh Saudara Jasmin

Usrah akan dibawakan oleh Ustaz Khaidir

Slot terbaru bacaan Kitab Irsyadul-Anam akan dibawakan oleh Saudara Abdul Aziz (harap dpt 'print' kitab yg telah di email utk rujukan bersama) 


Diharap dapat kita sama-sama meluangkan masa mengambil berkat & menambahkan ilmu dalam majlis ini dan mengajak rakan-rakan lain lagi untuk bersama.

 
Jazakallah
Hizbullah aka Bong

Monday 8 February 2010

Ceramah Islamic medicine


Alhamdulilah sebentar tadi berlangsung ceramah pertama Dari siri ceramah Islamic awareness week yg disampaikan oleh seorang pakar plastic surgeon Dari Leeds Dr Sharif kaf Al Ghazal.Saya kira beliau seorang yg berjuang dalam menterkedepankan perubatan Islam kerana telah mengasaskan journal of Islamic medicine. Ceramah hari ini banyak menyingkap rahsia2 sejarah perubatan Islam termasuklah tokoh2 seperti arrazy dan ibn Sina. Turut disentuh ialah peranan wanita dalam perubatan seperti Rufaidah Al islami serta beberapa tokoh2 barat yg suatu masa dulu terpaksa keluar Dari Britain untuk belajar ilmu perubatan kerana kondisi pada itu yg melarang wanita mengambil kursus terbabit.

Sumbangan terbesar islam adalah dari sudut etika perubatan Islam yang banyak dinukilkan oleh Attabari. Beliau menggariskan ciri2 atau etika surgeon dalam Islam yg mengenengahkan akhlak dan akidah Islami seperti berlemah lembut,memohon doa Dari Allah Takutkan tuhan ,membantu orang dalam kesusahan dan sebagainya yg meletakkan peranan surgeon Lebih dari sekadar kerjaya tetapi juga ibadah kepada Allah swt dan peranan sebagai doktor Muslim.

Terlalu banyak mutiara yang ingin beliau kongsikan (slide 72 mukasurat insyaAllah boleh didapati Dari isoc). Banyak sumber online seperti www.islamicmedicine.org (website beliau) Dan www.muslimheritage.com (membicarakan rahsia dan sejarah Islam yg hilang Dari fakta sejarah) antara Rujukan yg boleh menjelaskan tajuk hari ini..



walaupun sesi agak padat namun hadirin yg terdiri Dari pelbagai latarbelakang agama dan pendidikan turut bertanyakan soalan yg menarik mengenai peranan Islam dalam ilmu perubatan, pendapat Islam mengenai isu2 perubatan moden dan sebagainya. Esok pula Akan Berlangsung ceramah Dari Dr Salim Auduz bertajuk sumbangn Islam dalam ketamadunan moden..saksikan

snack ditaja oleh sultan of lancaster dan pak imran

Sunday 7 February 2010

Peringatan di bulan ini

Assalamualaikum..... buat saudara Islam dan seakidah
Masa dan ketika menghayati bulan kelahiran kekasih Allah ini sama-samalah kita mempersoalkan dan muhasabah diri dan keluarga kita sejauh mana kita sudah mengamalkan sunah kekasih kita. Kalau kita cinta dan kasih kepada Rasullah hanya di bibir sahaja tanpa mempratikan sunah-sunahnya maka cinta dan kasih kita palsu bukan lahir dari hati yang ikhlas. Jangan kita cemari bulan ini juga dengan sambutan hari Valentine. Persoalkan diri kita patut adakah tidak patut kita sebagai muslim menyambutnya setiap tahun.
Hukum menyambutnya
http://www.facebook.com/musabumar?ref=pymk#!/note.php?note_id=293917323864&id=169766884780&ref=mf
http://http://www.facebook.com/musabumar?ref=pymk#!/note.php?note_id=293917323864&id=169766884780&ref=mf

Thursday 4 February 2010

poster poster


Walaupun sudah bergelar Tun , namun masih sanggup turun padang menampal poster untuk islamic awarwness week.. team Malaysian kena cover dari learning Zone sampai county main



inIlah hasilnya..hati hati dengan poster2 lain yg sudah siap ditampal,satu jenayah kalau memegang poster orang lain apatah lagi mengoyakkannya. .datanglah beramai2 dah ikuti ceramah dari speaker2yg hebat seperti yvone ridley yg satu masa dulu convert islam setelah menjadi tawanan pihak Taliban(rasanya lah)
http://www.yvonneridley.org/

Wednesday 3 February 2010

Fwd: [Comp-all] IAW 2010

Dear brothers
volunteer juga diperlukan untuk logistik (pickup penceramah setiap petg), publicity(posters n flyers), photography and video, usher(during event ) dn makanan.. bg yg free,  mlm ini boleh dtg lepas isya di surau untuk design posters


From: Azrina Kamaruddin 

For those who are interested, all are welcome:
Referring to ISOC web site.

Lancaster University's Islamic Society would like to invite you to attend the following talks held as part of Islam Awareness Week 2010.

Talk: "Islamic Medicine - A Light in the Dark Ages!"
By Dr. Sharif Kaf Al-Ghazal; plastic surgeon, and Honorary Senior Lecturer in the School of Medicine, University of Leeds. More information here.
Monday February 8, 18:30-20:00, Cavendish LT, Faraday Building 

Talk: "Muslim Contributions to Modern Civilisation"
By Dr. Salim Aydüz; researcher at FSTC, scholar at the University of Manchester and at Fatih University. 
Tuesday February 9, 18:30-20:00, Cavendish LT, Faraday Building 

Talk: "Yvonne Captured by Islam"
By Yvonne Ridley; award-winning journalist, activist, former Taliban captive and convert to Islam. More information here.
Wednesday February 10, 18:30-20:00, Faraday LT, Faraday Building 

Talk: "Can We Live Better Lives Without Religion?"
By Hamza Tzortzis; lecturer, author and international public speaker. More information here.
Thursday February 11, 18:30-19:30, Cavendish LT, Faraday Building 

Talk: "The Dawkins Delusion"
By Adam Deen; international public speaker, and former TV presenter and intellectual activist. More information here.
Friday February 12, 18:30-19:30, Cavendish LT, Faraday Building 

Hot snacks will be provided on all days.
All are welcome to the events.
There will be an opportunity for question and answer sessions.
For more info email islamicsoc+lancaster.ac.uk.


Thank you.
rina


Radio nasyid FM