Taqdim
Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah
Saya menasihati diri sendiri dan menyeru kepada saudaraku muslimin, marilah kita bertaqwa kepada Allah, dengan meletakkan matlamat kehidupan ini hanya untuk Allah, menjadikan budaya kehidupan ini dengan keseronokan beribadah, melepasi cabaran hidup ini dengan menjauhi kesalahan, serta saling nasihat menasihati dan Bantu membantu antara saudara seislam setiap masa.
Sidang jumaat yang dikasihi
Dua hari yang lalu, acara tahunan Halloween kembali. Sama ada ianya diraikan oleh penganut Kristian, atau ianya telah diserap ke dalam budaya benua dan bangsa lainnya, aktiviti yang bermula asalnya di kepulauan utara Britain ini perlu dianggap sebagai bahan diskusi yang perlu untuk dibuat panduan, agar ianya menjadi amal jariah kita buat generasi muda, anak-anak dan seterusnya, sama ada kita ini dapat bersama sezaman dengan mereka atau pun tidak. Di Edinburgh, satu festival besar-besaran di adakan, mengumpulkan 200 orang professor dari pelbagai universiti, bertujuan memaparkan pada masyarakat riwayat sebenar Halloween, pengisian dan rasional mengapa ianya mesti diteruskan dan dipertahankan dalam kepercayaan mereka. Perbahasan yang memakan masa dua hari itu menampilkan ciri komersial perayaan ini yang disifatkan mengaut keuntungan berjuta. Data konsortium Ritel England menyatakan bahawa perbelanjaan merangka dan mengendalikan pesta ini meningkat sebanyak USD 228 juta. Fran Ota dari Persatuan Gereja Glen Ayr di Scarborough, Ontario, Canada menyatakan bahawa semua perayaan Kristian memiliki latar belakang penyembahan berhala. Ini sesuatu yang kita harus fikirkan untuk menjadikan golongan muda dan anak-anak kita untuk melihat perayaan hari-hari kebesaran Islam sebagai sesuatu yang ada ciri komersial, menarik dan penuh dengan pelbagai ruang diskusi.
* untuk teks penuh sila ke blog Ustaz Erfino
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment