"Sampaikanlah dariku walau satu ayat"~[hadith]

Assalamualaikum warahmatullahi warakatuh.. Terima Kasih kerana mengunjungi blog ilmu lancaster. Blog ini telah diwujudkan oleh warga warga yang perihatin dengan Ilmu. Banyak Ilmu ilmu yang kita dapat sehari hari, daripada khutbah, melayari Internet, email, youtube, perjumpaan komuniti malah pemerhatian kita terhadap tanda(ayat) kebesaran Allah serta Tadabbur Al Quran itu sendiri.. Jesteru sampaikanlah apa yang termampu di Blog ini melalui komen2 dan sebagainya. semoga ada manfaat kepada warga Lancaster khususnya dan warga internet umumnya. Semoga Allah jualah yang membalas amal kita dan digolongkan sebagai ilmu yang bermanfaat yang akan mengikut kita ke kubur

Friday, 29 January 2010

Khutbah Lancaster 28/01

Khutbah di Lancaster hari ini biarpun ringkas, penuh dengan point2 penting..

Sunnah

Sunnah boleh didefinasikan sebagai the way of doing thing atau bagaimana caranya melakukan sesuatu. Adakalanya sunnah adalah isyarat atau approval Rasullullah tentang sesuatu hukum.. Contohnya merujuk kepada peristiwa dimana kelompok2 sahabat di perintahkan oleh Rasul supaya tidak sembahyang Asar sehingga tiba ke Perkampungan Bani Khuraizah. Maka ketika hampir malam ternyata ada sekumpulan sahabat yang Solat Asar hanya apabila tiba di perkampungan tersebut manakala sebahagian pula telah solat didalam Perjalanan. Bagi yang solat hanya setelah sampai, mereka menerima perintah rasul secara literal dan tidak mentafsirkannya, manakala bagi sebahagian yang memutuskan untuk solat dalam perjalanan berpendapat maksud Rasullullah itu ialah supaya mereka sampai dengan seberapa segera (mereka berpendapat boleh solat jika mereka mampu tiba dalam masa yg ditetapkan).. Dalam hal ini Rasullullah tidak berkata apa2 dan kita lihat inilah asas Rasulullah, tidak terlalu rigid ketika menyampaikan mesej dan kita lihat adab dan akhlak sahabat dalam menerima perintah.. iaitu mereka melakukan dengan kadar kefahaman mereka dan Rasullullah pula tidak menekan mereka untuk menerima dengan pemahaman yang specifik. Secara hikmahnya ini adalah kerana Bahasa manusia ini sendiri bersifat ambigous (boleh dipelbagai ditafsir) dan konteks penerimaan dan keadaan semasa berbeza antara seorang dengan yang lain.

Dalam Surah ali Imran:7 Allah turut menyatakan:

“Dialah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat “Muhkamaat” (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran dan yang lain lagi ialah ayat-ayat “Mutasyaabihaat” (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata: Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.”

Terdapat pelbagai bentuk ayat 2 Alquran yang sebahagiannya di jelaskan oleh Rasullullah. Kebanyakan ayat Muhkamat contohnya melibatkan prinsip2 hukum dalam Islam manakala ayat2 yang samar samar pastinya akan ditafsir dan diambil dengan maksud yang pelbagai. Walaubagaimanapun sekiranaya umat Islam menumpukan pelaksanaan ayat2 muhkamat tersebut telah menepati banyak asas2 Islam dan tidak perlu memberat beratkan perbincangan ayat2 yang samar

Sunnah juga disebut sebagai complement kepada Al Quran dari segi kaedah pelaksanaannya. Sebagai Contoh walaupun zakat diwajibkan dalam AlQuran namun kadar 2.5% adalah diambil dari sunnah itu sendiri.Adakalanya Sunnah menerangkan perkara perkara sunat (nonobligatory) seperti sembahyang sunat nawafil yang tidak diceritakan secara langsung dalam alQuran.

Sunnah juga merupakan endorsement dari Allah.. sebagaimana merujuk kepada perkataan ~”Hikmah” yg sering mengiringi perkataan Kitab (iaitu sebanyak 5 kali dalam AlQuran).. dan sebahagian pentafsir mentafsirkan Hikmah sbagai Rasul itu sendiri.. sebagai contoh dalam surah ali Imran:64:

“Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmatNya) kepada orang-orang yang beriman, setelah Dia mengutuskan dalam kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (kandungan Al-Quran yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya) dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajar mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum Syariat) dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.”

dan didalam surah ALAhzab :34

“Dan ingatlah (serta amalkanlah) apa yang dibaca di rumah kamu dari ayat-ayat Allah (Al-Quran) dan hikmah pengetahuan (hadis-hadis Rasulullah). Sesungguhnya Allah Maha Halus tadbirNya, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya.”

Kita Lihat juga bagaimana Isteri2 nabi turut menjadi model dalam proses penyampaian wahyu dimana Isteri2 menerima perintah2 untuk dilaksanakan oleh mereka bagi tujuan penyampaian mesej wahyu kepada umat Islam.

“Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu: Sekiranya kamu semua mahukan kehidupan dunia (yang mewah) dan perhiasannya (yang indah), maka marilah supaya aku berikan kepada kamu pemberian mut’ah (sagu hati) dan aku lepaskan kamu dengan cara yang sebaik-baiknya.”

“Dan sekiranya kamu semua mahukan (keredaan) Allah dan RasulNya serta (nikmat kemewahan) di negeri akhirat maka sesungguhnya Allah menyediakan bagi orang-orang yang berbuat baik di antara kamu pahala yang besar.”

“Wahai isteri-isteri Nabi, sesiapa di antara kamu yang melakukan sesuatu perbuatan keji yang nyata, nescaya akan digandakan azab seksa baginya dua kali ganda. Dan (hukuman) yang demikian itu adalah mudah bagi Allah melaksanakannya.”

“Dan sesiapa di antara kamu semua tetap taat kepada Allah dan RasulNya serta mengerjakan amal yang soleh, Kami akan beri kepadanya pahala amalnya itu dua kali ganda dan Kami sediakan baginya limpah kurnia yang mulia.”

“Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertakwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).”

“Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliah zaman dahulu dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu wahai “AhlulBait” dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).”

“Dan ingatlah (serta amalkanlah) apa yang dibaca di rumah kamu dari ayat-ayat Allah (Al-Quran) dan hikmah pengetahuan (hadis-hadis Rasulullah). Sesungguhnya Allah Maha Halus tadbirNya, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya.”

Al- ahzab 29-33.

Secara kesimpulannya wahyu turun dalam bentuk teks/kalam dan juga dalam bentuk narration, atau menifestasi perbuatan bagi menerangkan sesuatu wahyu.

Allahu A’lam

No comments:

Radio nasyid FM