"Sampaikanlah dariku walau satu ayat"~[hadith]

Assalamualaikum warahmatullahi warakatuh.. Terima Kasih kerana mengunjungi blog ilmu lancaster. Blog ini telah diwujudkan oleh warga warga yang perihatin dengan Ilmu. Banyak Ilmu ilmu yang kita dapat sehari hari, daripada khutbah, melayari Internet, email, youtube, perjumpaan komuniti malah pemerhatian kita terhadap tanda(ayat) kebesaran Allah serta Tadabbur Al Quran itu sendiri.. Jesteru sampaikanlah apa yang termampu di Blog ini melalui komen2 dan sebagainya. semoga ada manfaat kepada warga Lancaster khususnya dan warga internet umumnya. Semoga Allah jualah yang membalas amal kita dan digolongkan sebagai ilmu yang bermanfaat yang akan mengikut kita ke kubur

Thursday 28 January 2010

Ceramah Bertajuk Sabar oleh Dr Bader

Petang tadi selepas isya Alhamdulillah saya dipermudahkan untuk mendengar ceramah bertajuk sabar , pengajaran dari surah Yusuf.. Penyampaian penceramah dari Canada tadi benar benar berkesan dan basah dengan petikan Quran dan hadith.Amat sukar untuk di huraikan kembali dengan kata2 ataupun tulisan.... tak sama orang yang mendengar dengan orang yang membaca.. dan tak sama orang yang melihat dengan orang yang mendengar, saya hanya mampu menyimpulkan beberapa isi penting daripada talk tadi..

Introduction

Apakah makna Hidup, life? macam2 jawapan keluar dari pendengar, ada yang kata mencari rezki, mencari Redha allah dan juga sebagai persiapan ke Akhirat.. Memang benar hadith ada menyebut dunia adalah ladang untuk Akhirat.. Kita sebenarnya hidup untuk di uji... seperti
mana dalam surah Dalam surah Al-Mulk:2,

"Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);"

Allah menyebut bahawa dialah yang menjadikan manusia untuk menguji amal siapa yag terbaik (ahsanu amala)... harus ditekankan bahawa ianya bukanlah mencari Aksaru amala (amal yang banyak).. Jestru kita hendaklah melakukan amalan sabaik mungkin... Pada hari ini kita sering lupa, setiap detik kita bernafas, melihat, mendengar tetapi kita take for granted. Sebenarnya sekalipun kita mempunyai ijazah tertinggi, sekalipun belum tentu dapt membantu kita di akhirat.. lihat pada bayi yang lahir, tangannya digenggam erat.. kalau cuba dibuka pun ia akan kembali menggenggam... Kita lihat pula orang tua yang meninggal subhanallah tangannya dilerai dan terbuka luas dan lemah... alangkah simboliknya kejadian itu, kita akan
pergi tanpa membawa apa2 ...

Dikisahkan ada seorang lelaki yang punya 3 orang sahabat. Seringkali perhatian di berikan kepada sahabat pertama dan kedua manakala sahabat ketiga, amat jarang sekali ditanya kabar. Untuk kedua2 sahabat diberikan bakti dan budi yang banyak, teman rapat dan amat akrab
sekali.. suatu hari ditakdirkan lelaki ini ditimpa masalah, dan perlu hadir ke mahkamah, bertemulah lelaki ini dengan sahabat pertama. Diminta kepada sahabat pertama untuk menemani beliau ke Mahkamah.. Malangnya jawab yg pertama.. "Wahai sahabat andaikata kau ingin kan 1 ringgit hingga ke saju juta sekalipun.. ambillah dari aku.. tapi ke Mahkamah, tidak sekali2 aku dapat membantumu"... bertemu beliau kepada sahabat kedua... malang, jawab yang kedua " Wahai sahabat, aidaikata kau mahukan mata aku , ataupun buah pinggangku , aku boleh berikan , tapi maafkan aku , untuk ke Mahkamah tidak dapat aku membantumu"... Sedih melihatkan kedua2 sahabat yng dicurahkan kasih syg selama ini, silelaki menuju kepada sahabat ke tiga dengan rendah diri. " Aku amat malu pada dirimu, dan aku tak pasti smada engkau dapat memabantuku sedangkan orng2 yang sangat akuharap2 pun meninggalkan aku" lalu bertanyalah lelaki ini kepada sahabat ketiga.. sudikah kau menemai aku ke Mahkamah... jawab sahabt ini " bukan saja aku akan menemanimu , malah kepenjara sekali pun aku akan masuk bersama2 kamu"

Sebenarnya cerita ini hanyalah simbolik kepada hadith nabi... apabila mati anak adam 3 perkara mengikutnya ke kubur, 2 akan pulang dan 1 saja yng akan mengikutinya... Yang pertama harta, biarpun seringgit ataupun sejuta kita bawa kekubur, ia akan pulang, ... keluarga, yang kiranya kita terlantar sakit ,, memerlukan organ seperti buah pinggang dan sebagainya mereka tidak akan tunggu untuk menyumbangkan organ kiranya diperlukan... namun keluarga juga akan pulnag... Hanya yang tinggal amal saleh...

Perkataan sabar sebenarnya di sebut sebanyak 90 kali dalam alquran... Ia sering dikaitkan dengan solah menggambarkan pentingnya solah dalam akidah umat islam.Yang jelas ialah hidup kita akan penuh dengan ujian... dan untuk itu SABAR....

1 comment:

Anonymous said...

thanks so much for the upload!jazakallah

Radio nasyid FM