"Sampaikanlah dariku walau satu ayat"~[hadith]

Assalamualaikum warahmatullahi warakatuh.. Terima Kasih kerana mengunjungi blog ilmu lancaster. Blog ini telah diwujudkan oleh warga warga yang perihatin dengan Ilmu. Banyak Ilmu ilmu yang kita dapat sehari hari, daripada khutbah, melayari Internet, email, youtube, perjumpaan komuniti malah pemerhatian kita terhadap tanda(ayat) kebesaran Allah serta Tadabbur Al Quran itu sendiri.. Jesteru sampaikanlah apa yang termampu di Blog ini melalui komen2 dan sebagainya. semoga ada manfaat kepada warga Lancaster khususnya dan warga internet umumnya. Semoga Allah jualah yang membalas amal kita dan digolongkan sebagai ilmu yang bermanfaat yang akan mengikut kita ke kubur

Saturday 30 January 2010

Laporan Majlis Ilmu 30 /01

Program
Dimulakan pada jam 6:15 dan dihadiri oleh 13 org warga lancaster Alhamdulillah. Program dimulakan dengan solat isya berjemaah dan seterusnya pembukaan majlis oleh Abang Tun

-Sesi bermula dengan bertanya khabar (alhamdlilllah semuanya sihat2 belaka tanpa sakit2 kritikal)

Sessi hadith telah dibentangkan oleh saudara Jasmin yang menekankan peri pentingnya membaca Alquran sehingga digalakkan kita menangisi atau cuba menghayatinya sebaik mungkin. juga tidak digalakkan membaca quran dengAn nada kuat dengan niat menunjuk2 serta digalakkan membaca dengan kadar sederhana dengan niat bukan untuk menunjuk2.

Pengumuman:
1) Kelas Al-quran setiap ahad selepas maghrib ke isya oleh brother sodiq from libya. Membetulkan tajwid dan hafazan

2)Bengkel solat akan diadakan pd 3 april 2010 oleh uzar.diharap semua
dapt meluangkan masa

3)Survey untuk mengadakan pertandingan bowling oleh kulms pada 23 Mac 2010

4).Penerusan usrah dengan penyampaian kita Fekah cara cepat cerdik oleh ustaz Aziz bermula minggu depan. Kitab akan di scan dan diagihkan kepada ahli melalui email dengan format Pdf

5)Car boot sale di sport center esok


Pengisian akidah (sambungan):

Menekankan peri pentingnya Akidah. Mengapa Fokus wahyu selam 13 tahun di Mekah begitu juga surah surah makiyah yg hanya menyentuh soal tauhid,hari akhirat,kisah rasul dan nabi, dosa dan pahala, kematian dan alam barzakh, syurga neraka, malaikat, syaitan, kejadian bumi dan alam semesta dll. Hukum2 dan arahan hanya turun setelah wahyu akidah ini berlangsung selamat 13 tahun, contohnya puasa yg hanya turun pada 2 hijrah.Bayangkan dengam tarbjyah hebat ini islam berkembang dan bertahan sebagai kuasa dunia sehingga 800 tahun lamanya selepas generasi pertama menyebarkan Islam ke seluruh pelusuk dunia hasil dari tarbiyAh dan akidah yang mantap

Usrah hari ini memfokuskan peranan akidah. yang dilihat dari aspek atau perspektif tingkatan peranan Akidah.. Pendek kata ,Akidah yang mantap akan membuahkan :
1)faham iaitu ilmu
2)ikhlas(keimanan dan ketakwaan)
3)amal (iaitu semua org beriman akan diuji-praktis)
4)jihad dan pengorbAnan (melakukan amal dengan bersungguh2)

ULASAN

1.Faham :
Akidah mengajar kita apa yg tidak kita ketahui seperti kejadian bumi, kejadian manusia, tipudaya syaitan ,kemusnahan dunia di akhir zaman dan sebagainya. Ilmu ini dikaji oleh barat dengan pendekatan akal dan sering tidak tepat seperti teori Darwin kerana berpandukan ilmu manusia dan pengetahuan sejarah manusia yang amat terbatas. Sebagai contoh, Seharusnya umat islam lebih faham dengan tanda 2 akhir zaman berbanding org barat yg pada hari ini membincangkan berlakunya Armageddon, sedangkan kita mengetahui secara detail akan turunnya dajal, imam mahdi, nabi isa dan seterusnya bagaiman bumi ini musnah dan kebangkitan manusia di alam akhirat Kita juga mengetahui adanya syaitan dan pelindung darinya serta kita faham hakikat qada dan qadar berbanding orang bukan islam yg ada kalanya melihat bunuh diri sebagai jalan keluar dari masaalah.Kita juga seharusnya lebih mengetahui hakikat dan tujuan hidup (Sebagai khalifah dan persediaan ke akhirat) sedangkan org2 yang tidak beriman masih mencari2 ketenangan dalam jiwa dan adakalanya terpaksa mencipta tuhan dan ideologi yang baru demi mencari tujuan hidup.

2.Ikhlas
Seterusnya sekiranya akidah ada dalam hati kita,kita akan menjadi ikhlas dengan hadirnya iman dan taqwa. kita sudah mampu mengikhlaskan diri sehingga ke tahap sami'na wa atho'na.Kami dengar dan kami taat sebagaimana umat islam taat kepada rasul ketika diminta berperang (badar) sedangkan pada logik akal mereka bukanlah bersedia dari segi material dan ketamadunan. Orang islam akan berbuat kebajikan kerana mencari redha Allah, mereka mengetahui dosa dan pahala,mempercayai hari akhirat serta mengimani syurga dan neraka. Jesteru. setiap kerja boleh menjadi ibadah asalkan ikhlas dilakukan untuk Allah dan menepati syara' seperti mencari rezki untuk memberi nafkah kepada anak dan isteri. Org2 islam hanya mencari redha Allah dan Akidah adalah ikatan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah yg membuahkan ikhlas dan setiap perbuatan.

3.Amal.

Tidak tepat sekiranya akidah dikaitkan dengan lemahnya usaha,hanya berserah kepada Allah sahaja. Orang yg mantap akidahnya akan merasakan diri mereka diuji dan akan bersedia untuk diuji kerana itulah fitrah dan sunnatullah dan ini berlaku Setelah ada keikhlasan dalam diri dan kesudian untuk beramal dijalan Allah. Sedangkan nabi Musa, ketika membelah laut pun disuruh menghentakkan tongkat ke laut, sebagai tanda perlu ada usaha. Rasullullah tidak kurang teladannya, Baginda pernah ditawarkan kekuasaan pada awal dakwahnya tetapi memilih untuk terus dijalan sukar sehingga dimusuhi oleh bangsa dan sanak saudaranya. Semasa peristiwa hijrah contohnya kita mengetahui bahawa Umar berhijrah secara terang2an.. bertempik dihadapan umum mempelawa siapa yg sanggup menahan nya.Bukankah mudah kalau rasulullah memperisaikan umar semasa berhijrah keMadinah ?tetapi rasul memilih jalan yang sukar dan panjang dan disana Allah menetapkan bahwa biarpun baginda kekasihnya dan manusia paling mulia disisi tuhan pun masih perlu menyiapkan usaha,mengatur strategy serta diancam, sedangkan boleh saja Allah mengutuskan buraq untuk baginda. Demikian juga kita melihat sahabat2 yang syahid dan org2awal dalam islam diuji dengan ujian yg keras sedangkan Allah mampu melindungi mereka dengan kekuasaan nya.dan demikianlah juga kisah2 para nabi dan raSul,semuanya diuji,menunjukkan akidah kita ini bukanlah suatu yng kita hanya hafal tetapi perlu dilaksanakan melalui tanggungjwab 2 yg hanya difahami oleh merka yg mempunyai keimanan . Antara lain mereka memahami kewajipan berdakwah dan berjihad dijalan Allah.Dewasa ini, definisi berdakwah dan berjihad tidak perlu disempitkan, kita mungkin berdakwah di tempat kerja, tempat belajar dan berjuang dengan menjalankan projek2 komuniti dan sebagainya, mengikut waqi' dan keperluan umat Islam setempat.Umat di Palestin pula berjuang dan bekerja untuk misi yang berbeza.

4.setelah kita faham,beriman dan beramal ketahuilah, akidah mengajar kita untuk beramal bersungguh sungguh iaitu berjihad dan kadangkala menuntut kita untuk berkorban; bukan sekadar beramal semberono dan tidak terancang serta mengharapkan karpet merah dibentang dihadapan kita , sepertimana firman Allah :

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?

Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)."

[assaff 10_11]
sudah tentu ayt ini ditujukan kepada orang2 beriman supaya mereka turut beramal. Tetapi janji Allah ini akan tertunai kepada org yg beriman yang berjihad dan berkorban dengan harta dan jiwa mereka.. ini sekali gus menggesa kita untuk beramal dengan bersungguh2 dan melakukan pengorbanan .

Secara logiknya akidah dan kepercayaan yg tinggi akan memandu kita di semua keperingkat pembentukan manusia sebagai khalifah bermula dengan pengetahuan kita tentang Islam, mempercayainya dengan ikhlas hati seterusnya ia turut membantu memperteguhkan mereka yang beramal dengan konsep berjihad dan berkorban dijalan Allah untuk mendukung syiar Islam.

Allahua'lam

Penutup dan makan:
Seterusnya ialah sssi menjamu selera berlaukkan pizza pizetta x2, kuih muih,mee kari,bubur kccang,roti buatan sendiri buAh buahan dsbg.majlis tamat sepenuhnya pada pukul 9:00pm

[semoga kawan2yg hadir dapat tambah apa2 yg tertinggal dengan meninggalkan komen dibawah dan mengajak adik2 undergraduate untuk turut sama ke majlis ini :)]

2 comments:

Adriana Damia said...

Terlepas daa .. nasib baik x g ketuk rumah Azman hari ni. Apapun, tq for sharing ..

Anonymous said...

untuk next session, bro tun akan cuba hubungi syazwan dan don untuk confirm ziarah

Radio nasyid FM