"Sampaikanlah dariku walau satu ayat"~[hadith]

Assalamualaikum warahmatullahi warakatuh.. Terima Kasih kerana mengunjungi blog ilmu lancaster. Blog ini telah diwujudkan oleh warga warga yang perihatin dengan Ilmu. Banyak Ilmu ilmu yang kita dapat sehari hari, daripada khutbah, melayari Internet, email, youtube, perjumpaan komuniti malah pemerhatian kita terhadap tanda(ayat) kebesaran Allah serta Tadabbur Al Quran itu sendiri.. Jesteru sampaikanlah apa yang termampu di Blog ini melalui komen2 dan sebagainya. semoga ada manfaat kepada warga Lancaster khususnya dan warga internet umumnya. Semoga Allah jualah yang membalas amal kita dan digolongkan sebagai ilmu yang bermanfaat yang akan mengikut kita ke kubur

Friday, 12 February 2010

Ceramah IAW hari Ke 2


Ceramah hari ke dua oleh Dr Salim Auduz dari Turki bermula dengan slide yang cuba membawa kita kepada sejarah ketamadunan dunia. Dalam sebuah buku yang di karang oleh barat mengenai penciptaan dan kemajuan moden menunjukkan kelompongan selama lebih 1000 tahun yang dipanggil mereka sebagai the dark ages atau zaman kegelapan. Sebenarnya pada zaman inilah kegemilangan ilmu islam berkembang dengan pesat sekali dan kita gelarkan the golden ages. Diterangkan berkenaan tokoh2 Islam seperti Ibnu Sina, Ibnu rushd, Arrazy, alkindi dan banyak lagi.


Begitu juga University pertama (mengikut definisi "universiti") yag diasaskan oleh Fatimah dari Morocco. Peta pertama yang menggambarkan peta dunia juga di lukis oleh orang Islam.

Muzik... Do Re Mi Fa So La tTi Do adalah di ambil dari huruf arab dod, ro, mim, fa,sod,lam,ta, dal..

Perkataan arab juga diimport kedalam bahasa Ingeris .
Orange = Narang, sugar=sukkar,Admiral=Amir Al Bahr (kapten di Laut), soap =soubun, Arsenal = Dar al sina'a, Check Mate= Shah Mat (raja mati) dan banyak lagi

Banayk lagi penciptaan2 yang kecil tapi pening seperti pen dan dakwat, alat kamera/optical (ibnu Haitham), Observatory , kapal terbang (Abbas ), alat2 pembedahan dan sebagainya.

Kesimpulannya Umat Islam banyak menyumbang dalam memperkembangkanilmu dari tamadun terdahulu seperti Rom dan Yunani dan sumbangan ini amat penting kerana ia adalah titik persambungan ilmu yang kemudian daripada itu dipelopori oleh barat pada zaman yang dkatakan Renaissance. Di akhir ceramah di mainkan sebuah video yang ama menarik kerana menggambarkan hologram2 inventor2 Islam ini muncul untuk menerangkan sendiri alat ciptaan mereka

http://www.1001inventions.com/

No comments:

Radio nasyid FM