"Sampaikanlah dariku walau satu ayat"~[hadith]

Assalamualaikum warahmatullahi warakatuh.. Terima Kasih kerana mengunjungi blog ilmu lancaster. Blog ini telah diwujudkan oleh warga warga yang perihatin dengan Ilmu. Banyak Ilmu ilmu yang kita dapat sehari hari, daripada khutbah, melayari Internet, email, youtube, perjumpaan komuniti malah pemerhatian kita terhadap tanda(ayat) kebesaran Allah serta Tadabbur Al Quran itu sendiri.. Jesteru sampaikanlah apa yang termampu di Blog ini melalui komen2 dan sebagainya. semoga ada manfaat kepada warga Lancaster khususnya dan warga internet umumnya. Semoga Allah jualah yang membalas amal kita dan digolongkan sebagai ilmu yang bermanfaat yang akan mengikut kita ke kubur

Saturday 13 February 2010

ceramah iaw 3 Yvone Ridley

Yvone Ridley tiba agak lewat kerana masalah traffic dalam perjalanannya dari London. ucapan beliau dimulakan dengan membawa penonton kepada pengalaman belIau dalam tahanan taliban selama lebih 10 hari. Dengan perasaan prejudis terhadap taliban beliau bersikap keras,sering memaki ,meludah dan mengeluarkan kata2 kesat kepada tentera taliban.Dalam hati beliau pengakhirannya akan tetap sama, iaitu kiranya taliban hendak membunuhnya maka belaiu merasakan tetap akan mati tidak kira bagaimana sikap yg ditunjukkan. Yvone akhirnya lega apabila diumumkan bahawa wanita bristish ini akan dibebas.Namun dengan layanan baik yg diterima dari taliban. beliau tidak pasti adakah beliau yng harus lega dengan berita ini atau askar taliban yg merasa lega kerana tidak lagi dimaki olehnya.. amat memalukan beliau kerana ketika dibebaskan, puak taliban menyatakan akan membebaskan tahanan wanita yang bukan saja sering membuat bising tetapi mempunya "bad mouth."

Yvone menceriatakan pengalaman beliau memeluk islam setelah berjanji denagn taliban bahawa beliau akau membaca Alquran. Hasilnya beliau dianugerahkan hidayah dari Allah .perbincangan seterusmya menceritakan bahawa beliau begitu tenang dengan islam dan mendapat ruAng baru dalam hidupnya. Buat pertama kali setelah bertudung,Yvone mendapat ruang dalam maruah dirisebagai seorang wanita .Pekerja lelaki tidak lagi mencuit2 beliau dan mengeluarkan kata2 berbaur seks dan sebagainya.beliau berhenti merokok juga setelah bertudung kerana bertudung membuatkan beliau lebih menghargai diri sebagai wanita islam.

Pada masa ini media barat dan politikus barat suka memainkan isu penindasan wanita..Yvone menegaskan perkara ini akan terus berlaku kerana adanya politikus yg akan mengambil kesempatan untuk meniupkan api perkauman dan agama. Dalam satu cubaan untuk membuktikan bahawa wanita islam yg berniqab menjadi simbol oppressi oleh agama islam di france,politikus akhirnya akur bahawa sebenarnya tidak Ada kedapatan langsung contoh wanita di france yg berniqab dan ini membuatkan persoalan penindasan langsung tidak relevan. Beliau juga membuktikan wanita islam mempunyai dan bebas menjalani kareer yg tinggi disamping merasakan suatu honor sekiranya menjadi ibu kepda anak2. Ini amat berbeza denagn wanita britain yg selalunya menunjukkan riak kecewa dan malu sekiranya bergelar ibu atau suri rumah,sedangkan dalam islam ini satu kemulian. Beliau juga mengecam kedudukan wanita dibarat yg sering dipergunakan untuk melakukan produk perniagaan..geraKan feminist di barat juga dilihat sangat sempit pemikirannya kerana mendefinisikan wanita mengikut kefahaman bArat, ini kerana wanita terus menjadi alat untuk melariskan perniagaan. sessi soal jawab bersma yvone agak rancak dan kadanG2 agak panas kerana ada penonton dRi pelbgai latarbelakang agama yang cuba memprovok beliau untuk memberikN persetujuan berkeanaan tidakan kerajaan iran yang mewajibkan rakyatnya memakai hijAb..kenyataan belliau menjelaskan hijab itu wajib tetapi tidak dapat memuaskan hati penonton terbabit..sessi terus hangat denan perbagai soalan yg ditujukan kepada yvone..

No comments:

Radio nasyid FM